Sabtu, 30 Mei 2009

Dalil Sahih Subhah / Tasbih

Tasbih atau yang lazim juga di sebut sebagai subhah, merupakan satu yang maklum dan masyhur dikalangan para awaliyyin dan ulamatul ummah sejak daripada kurun yang telah disinggahi oleh Junjungan kita Nabi Muhammad SAW hingga ke para Sahabat. Namun ini menjadi terusik dengan munculnya segolongan kaum muslimin yang suka sekali memfatwakan bid'ah/haram sesuatu yang telah lazim dikalangan ulama baik dari Salaf maupun Khalaf akan kebolehannya, berikut akan dinukilkan daripada hadit-hadit sahih yang menyatakan kebolehan daripada Tasbih/subhah digunakan dalam membantu menghitung dzikir.

berikut dalam sunan Ibn Hibban


1. - أخبرنا محمد بن إسحاق بن خزيمة قال : حدثنا علي بن عبد الرحمن بن المغيرة قال : حدثنا ابن أبي مريم قال : أخبرنا يحيى بن أيوب قال : حدثني ابن عجلان عن مصعب بن محمد بن شرحبيل عن محمد بن سعد بن أبي وقاص عن أبي أمامة الباهلي Y أن رسول الله صلى الله عليه و سلم مر به وهو يحرك شفتيه فقال : ( ماذا تقول يا أبا أمامة ؟ ) قال : أذكرربي قال : ( ألا أخبرك بأكثر أو أفضل من ذكرك الليل مع النهار و النهار مع الليل ؟ أن تقول : سبحان الله عدد ما خلق وسبحان الله ملء ما خلق وسبحان الله عدد ما في الأرض والسماء وسبحان الله ملء ما في الأرض والسماء وسبحان الله عدد ما أحصى كتابه وسبحان الله عدد كل شيء وسبحان الله ملء كل شيء وتقول : الحمد لله مثل ذلك ) K إسناده حسن

2 - أخبرنا عبد الله بن محمد بن سلم قال : حدثنا حرملة بن يحيى قال : حدثنا ابن وهب قال : أخبرني عمرو بن الحارث أن سعيد بن أبي هلال حدثه عن عائشة بنت سعد بن أبي وقاص عن أبيها أنه دخل مع رسول الله صلى الله عليه و سلم على امرأة في يدها نوى أو حصى تسبح فقال Y ( ألا أخبرك بما هو أيسر عليك من هذا وأفضل ؟ سبحان الله عدد ما خلق في السماء وسبحان الله عدد ما خلق في الأرض وسبحان الله عدد ما هو خالق والله اكبر مثل ذلك والحمد لله مثل ذلك ولا إله إلا الله مثل ذلك ولا حول ولا قوة إلا بالله مثل ذلك ) K إسناده صحيح

berikut dalam Al-Mustadrak

1. [ 2009 ] حدثناه إسماعيل بن أحمد الجرجاني ثنا محمد بن الحسن بن قتيبة العسقلاني ثنا حرملة بن يحيى أنبأ بن وهب أخبرني عمرو بن الحارث أن سعيد بن أبي هلال حدثه عن عائشة بنت سعد بن أبي وقاص رضى الله تعالى عنه عن أبيها أنه دخل مع النبي صلى الله عليه وسلم على امرأة وبين يديها نوى أو حصى أخبرك بما هو أيسر عليك من هذا وأفضل قولي سبحان الله عدد ما خلق في السماء سبحان الله عدد ما خلق في الأرض تسبح فقال سبحان الله عدد ما بين ذلك وسبحان الله عدد ما هو خالق والله أكبر مثل ذلك والحمد لله مثل ذلك ولا إله إلا الله مثل ذلك ولا قوة إلا بالله مثل ذلك بإسناد أصح

2. [ 2008 ] حدثنا علي بن حمشاذ العدل ثنا هشام بن علي السدوسي ثنا شاذ بن فياض ثنا هاشم بن سعيد عن كنانة عن صفية رضى الله تعالى عنها قالت دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وبين يدي أربعة آلاف نواة اسبح بهن فقال يا بنت حيي ما هذا قلت اسبح بهن قال قد سبحت منذ قمت على رأسك أكثر من هذا قلت علمني يا رسول الله قال قولي سبحان الله عدد ما خلق من شيء هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه وله شاهد من حديث المصريين بإسناد أصح من هذا

berikut dalam Turmudzi

حدثنا أحمد بن الحسن حدثنا أصبغ بن الفرج أخبرني عبد الله بن وهب عن عمرو بن الحرث أنه أخبره عن سعيد بن أبي هلال عن خزيمة عن عائشة بنت سعد بن أبي وقاص عن أبيها Y أنه دخل مع رسول الله صلى الله عليه و سلم على امرأة وبين يديها نوى أو قال حصى تسبح به فقال ألا أخبرك بما هو أيسر عليك من هذا أو أفضل ؟ سبحان الله عدد ما خلق في السماء وسبحان الله عدد ما خلق في الأرض وسبحان الله عدد ما بين ذلك وسبحان الله عدد ما هو خالق والله أكبر مثل ذلك والحمد لله مثل ذلك ولا حول ولا قوة إلا بالله مثل ذلك
قال وهذا حديث حسن غريب من حديث سعد


Imam Syaukani telah memaparkan dengan bijak atas Tashih hadit Tasbih dengan menyatakan :

وأما الحديث الثاني فأخرجه أيضا النسائي وابن ماجه وابن حبان والحاكم وصححه وحسنه الترمذي.

"Hadit ini telah dikeluarkan juga oleh Imam An-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Hibban dan Hakim dalam sohihnya dan Turmudzi telah menghasankannya"

Al-Hafidz telah menukilkan satu kisah daripada Abu Safiyya dalam Al-Isoba nya sbb :

"Abu Safiyya adalah seorang budak yang dibebaskan oleh Rasulullah juga menyatakan bahwa dia akan menggelar tikar untuk salat. Selain itu dibawa pula sebuah keranjang dari daun palem yang berisi kerikil, sehingga dia dapat bertasbih hingga tengah hari. Ketika dia melakukan salat, keranjangnya dipindahkan, dan setelah itu dikembalikan lagi ke tempatnya sehingga dia dapat melanjutkan tasbihnya hingga sore hari. (diriwayatkan oleh Ibnu Hajar dalam Isaba jilid 7:106) disebutkan pula bahwa Bukhari meriwayatkannya dalam Tarikh-nya
Sedangkan Asyaukani telah membuat satu pernyataan dalam kitabnya Nailul Awthar sbb :

"Tidak ada pernyataan dari salah seorang ulama Salaf dan juga Khalaf bahwa menghitung tasbih dengan subhah (manik-manik zikir) adalah hal yang terlarang. Sebaliknya sebagian besar dari mereka justru menggunakannya untuk menghitung tasbih, dan mereka juga tidak menganggapnya makruh" (Nailul awthar jilid 2 hal 316-317)

semoga terbuka pintu hati bagi orang yang membid'ahkan serta mengharamkan subhah/tasbih

Wallahu a'lam

Selengkapnya......

Penjelasan Tahlilan (Kenduri Arwah)

Tahlilan atau yang sering juga di sebut sebagai Kenduri Arwah, telah begitu banyak menuai kontroversi, terutama daripada segolongan kaum Muslimin yang coba mengusik apa yang telah diberlakukan oleh para Orang Tua kita, dengan dalil bahwa apa yang diperbuat itu adalah satu yang HARAM. Oleh karena itulah akan dijelaskan, bagaimana sebenarnya Tahlilan/Kenduri Arwah itu menurut pandangan Ulama, agar kesemuanya mendapat manfaat atas apa yang kita perbuat, terkhusus pada amalan kenduri arwah ini.

Hadis Riwayat Thawus Al- yamani (tabiin)
Thawus al-Yamani adalah seorang tabi`in terkemuka dari kalangan ahli Yaman. Beliau bertemu dan belajar dengan 50 – 70 orang sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Thawus menyatakan bahawa orang-orang mati difitnah atau diuji atau disoal dalam kubur-kubur mereka selama 7 hari, maka adalah mereka menyukai untuk diberikan makanan sebagai sedekah bagi pihak si mati sepanjang tempoh tersebut.

Hadis Thawus ini dikategorikan oleh para ulama kita sebagai mursal marfu’ yang sahih. Ianya mursal marfu’ kerana hanya terhenti kepada Thawus tanpa diberitahu siapa rawinya daripada kalangan sahabi dan seterusnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. Tetapi oleh kerana ianya melibatkan perkara barzakhiyyah yang tidak diketahui selain melalui wahyu maka dirafa’kanlah sanadnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. Para ulama menyatakan bahawa hadis mursal marfu’ ini boleh dijadikan hujjah secara mutlak dalam 3 mazhab sunni (Hanafi, Maliki dan Hanbali, manakala dalam mazhab kita asy-Syafi`i ianya dijadikan hujjah jika mempunyai penyokong (selain daripada mursal Ibnu Mutsayyib). Dalam konteks hadis Thawus ini, ia mempunyai sekurang-kurangnya 2 penyokong, iaitu hadis ‘Ubaid dan hadis Mujahid. Oleh itu, para ulama kita menjadikannya hujjah untuk amalan yang biasa diamalkan oleh orang kita di rantau sini, iaitu apabila ada kematian maka dibuatlah kenduri selama 7 hari di mana makanan dihidangkan dengan tujuan bersedekah bagi pihak si mati.

Hadis Thawus ini dibahas oleh Imam Ibnu Hajar dalam “al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah” jilid 2 mukasurat 30. Imam besar kita ini, Syaikh Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami as-Sa’di al-Anshari ditanya dengan satu pertanyaan berhubung sama ada pendapat ulama yang mengatakan bahawa orang mati itu difitnah/diuji atau disoal 7 hari dalam kubur mereka mempunyai asal pada syarak.

Imam Ibnu Hajar menjawab bahawa pendapat tersebut mempunyai asal yang kukuh (ashlun ashilun) dalam syarak di mana sejumlah ulama telah meriwayatkan (1) daripada Thawus dengan sanad yang shahih dan (2) daripada ‘Ubaid bin ‘Umair, dengan sanad yang berhujjah dengannya Ibnu ‘Abdul Bar, yang merupakan seorang yang lebih besar daripada Thawus maqamnya dari kalangan tabi`in, bahkan ada qil yang menyatakan bahawa ‘Ubaid bin ‘Umair ini adalah seorang sahabat kerana beliau dilahirkan dalam zaman Nabi s.a.w. dan hidup pada sebahagian zaman Sayyidina ‘Umar di Makkah; dan (3) daripada Mujahid.

Dan hukum 3 riwayat ini adalah hukum hadis mursal marfu’ kerana persoalan yang diperkatakan itu (yakni berhubung orang mati difitnah 7 hari) adalah perkara ghaib yang tiada boleh diketahui melalui pendapat akal. Apabila perkara sebegini datangnya daripada tabi`i ianya dihukumkan mursal marfu’ kepada Junjungan Nabi s.a.w. sebagaimana dijelaskan oleh para imam hadits. Hadits Mursal adalah boleh dijadikan hujjah di sisi imam yang tiga (yakni Hanafi, Maliki dan Hanbali) dan juga di sisi kita (yakni Syafi`i) apabila ianya disokong oleh riwayat lain. Dan telah disokong Mursal Thawus dengan 2 lagi mursal yang lain (iaitu Mursal ‘Ubaid dan Mursal Mujahid), bahkan jika kita berpendapat bahawa sabit ‘Ubaid itu seorang sahabat nescaya bersambunglah riwayatnya dengan Junjungan Nabi s.a.w.

Selanjutnya Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa telah sah riwayat daripada Thawus bahawasanya “mereka menyukai/memustahabkan untuk diberi makan bagi pihak si mati selama tempoh 7 hari tersebut.” Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa “mereka” di sini mempunyai 2 pengertian di sisi ahli hadis dan usul. Pengertian pertama ialah “mereka” adalah “umat pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. di mana mereka melakukannya dengan diketahui dan dipersetujui oleh Junjungan Nabi s.a.w.”; manakala pengertian kedua pula ialah “mereka” bermaksud “para sahabat sahaja tanpa dilanjutkan kepada Junjungan Nabi s.a.w.” (yakni hanya dilakukan oleh para sahabat sahaja).

Ikhwah jadi kita dimaklumkan bahawa setidak-tidaknya amalan “ith’aam” ini dilakukan oleh para sahabat, jika tidak semuanya maka sebahagian daripada mereka. Bahkan Imam ar-Rafi`i menyatakan bahawa amalan ini masyhur di kalangan para sahabat tanpa diingkari. Amalan memberi makan atau sedekah kematian selama 7 hari mempunyai nas yang kukuh dan merupakan amalan yang dianjurkan oleh generasi awal Islam lagi, jika tidak semua sekurang-kurangnya sebahagian generasi awal daripada kalangan sahabi dan tabi`in. Oleh itu, bagaimana dikatakan ianya tidak mempunyai sandaran.

Imam as-Sayuthi juga telah membahaskan perkara ini dengan lebih panjang lebar lagi dalam kitabnya “al-Hawi lil Fatawi” juzuk 2 di bawah bab yang dinamakannya “Thulu’ ats-Tsarayaa bi idhzhaari maa kaana khafayaa” di mana antara kesimpulan yang dirumusnya pada mukasurat 194:-

· Sesungguhnya sunnat memberi makan 7 hari. Telah sampai kepadaku (yakni Imam as-Sayuthi) bahawasanya amalan ini berkekalan diamalkan sehingga sekarang (yakni zaman Imam as-Sayuthi) di Makkah dan Madinah. Maka zahirnya amalan ini tidak pernah ditinggalkan sejak masa para sahabat sehingga sekarang, dan generasi yang datang kemudian telah mengambilnya daripada generasi terdahulu sehingga ke generasi awal Islam lagi (ash-shadrul awwal). Dan aku telah melihat kitab-kitab sejarah sewaktu membicarakan biografi para imam banyak menyebut: ” dan telah berhenti/berdiri manusia atas kuburnya selama 7 hari di mana mereka membacakan al-Quran”.

· Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu ‘Asaakir dalam kitabnya yang berjodol “Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma nusiba ilal Imam Abil Hasan al-’Asy’ariy” bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin ‘Abdul Qawi al-Mashishi berkata: “Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.”

Ikhwah, “ith`aam” ini boleh mengambil apa jua bentuk. Tidak semestinya dengan berkenduri seperti yang lazim diamalkan orang kita. Jika dibuat kenduri seperti itu, tidaklah menjadi kesalahan atau bid`ah, asalkan pekerjaannya betul dengan kehendak syarak.

Hadis Jarir – Penjelasan Tuan Guru Haji Ahmad

Hadis Jarir yang membawa maksud “Kami mengira orang berhimpun kepada ahli keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengkebumiannya adalah daripada ratapan (an-niyahah).” Hadis ini menjadi hujjah bagi meng”haram” atau me”makruh” membuat kenduri arwah kematian selepas matinya seseorang. Adakah ini pemahaman yang difahami oleh para ulama kita ?

Tuan Guru Haji Ahmad al-Fusani (1902 – 1996) memberi penjelasan dalam kitabnya “Khulasah al-Mardhiyyah fi Masail al-Khilafiyyah” antara lain menyatakan bahawa kalimah “minan-niyahah” dalam hadis tersebut ditanggung maknanya sebagai “min asbabin niyahah” iaitu “setengah daripada sebab ditakutkan jadi niyahah. Maka bukanlah diri berhimpun dan buat makan itu niyahah sungguh kerana jikalau niyahah sungguh tentulah ulama kata haram kerana tiada ada niyahah yang makruh sama sekali” (yakni jika semata-mata berhimpun dan berjamu itu termasuk ratapan, maka sudah tentu ulama akan terus menghukumnya haram dan bukan makruh kerana tidak ada niyahah yang hukumnya makruh. Jadi dihukumkan bid`ah makruhah kerana boleh jadi sebab bagi ratapan atau boleh membawa kepada ratapan, jadi kalau ikut kaedah ushul ini yang menjadi ‘illah bagi dihukumkan bid`ah makruhah tersebut, jika ‘illah ini hilang maka hukumnya juga turut berubah). Soalnya, adakah kenduri arwah yang orang kita buat bersifat sedemikian ? Adakah kenduri kita menjurus kepada ratapan ?

Selanjutnya Tuan Guru Haji Ahmad menyebut:-

· “…Sebuah hadis yang meriwayatkan dia Imam Ahmad rahimahUllah ta’ala dengan sanad yang sahih dan Abu Daud daripada ‘Aashim bin Kulaib daripada bapanya daripada seorang laki-laki daripada Anshar berkata ia: “Keluar kami sahabat nabi serta Rasulullah s.a.w. pada menghantarkan jenazah orang mati kepada kubur. Maka aku nampak akan Rasulullah s.a.w. menyuruh orang yang menggali kubur dengan katanya: “Perluas olehmu daripada pihak dua kakinya, perluas olehmu daripada pihak kepalanya”. Maka tatkala balik Nabi daripada kubur berhadap kepadanya (yakni datang kepada Nabi) seorang yang (mem)persilakan Nabi ke rumah daripada suruhan perempuan si mati itu. Maka Nabi serta sahabat pun silalah (yakni datanglah) ke rumahnya. Maka dibawa datang akan makanan, maka (meng)hantar Nabi akan tangannya, yakni menjemput Nabi akan makanan bubuh ke mulut dan (meng)hantarlah segala sahabat akan tangannya”…….Hadis ini menyatakan Nabi sendiri serta sahabat berhimpun makan di rumah orang mati kemudian (yakni selepas) balik tanam orang mati…….Jadi berlawan hadis ini dengan hadis Jarir yang menunjuk atas tegah berhimpun makan di rumah orang mati kemudian daripada tanam mayyit……….Setengah riwayat tak dak lafaz “ba’da dafnihi” (kemudian daripada tanamnya) [yakni hadis Jarir ada khilaf dalam riwayatnya kerana ada riwayat yang tidak menyebut “ba’da dafnihi“). Maka orang tua-tua kita tanggungkan bahawasanya makruh itu berhimpun makan di hadapan mayyit jua. Inilah jalanan orang tua-tua kita. Sebab itulah orang kita tidak berjamu sewaktu ada mayyit di atas rumah, dan jika darurat kepada berjamu juga seperti bahawa suntuk masa, diberjamu pada rumah yang lain daripada rumah yang ada mayyit padanya……..Alhasil, hukum berhimpun di rumah ahli mayyit dan membuat ahli mayyit akan makanan, berjamu makan semata-mata dengan tidak qasad bersedekah daripada mayyit atau baca al-Quran niat pahala kepada Allah, makruh tanzih selama ada mayyit di atas rumah itu.”

Perkataan ulama kita yang menghukum berhimpun dan berkenduri makan selama 7 atau 40 hari sebagai bid`ah makruhah diihtimal maksudnya jika perbuatan tersebut dibuat semata-mata menjalankan adat kebiasaan yang jika tidak dilaksanakan akan menjadi cemohan masyarakat bukan dengan niat “ith`aam ‘anil mayyit” dan sebagainya. Atau ianya boleh membawa kepada niyahah yang diharamkan atau kesedihan yang berlarutan. Oleh itu, larangan tersebut tidaklah bersifat mutlak tetapi mempunyai qayyid yang menjadi ‘illah pada hukum tersebut. Dalam pada itu, Imam Ibnu Hajar dalam “Fatwa Kubra”nya menyatakan bahawa jika seseorang berbuat kenduri tersebut semata-mata menjalankan adat untuk menolak cemohan orang-orang jahil dan menjaga kehormatan dirinya maka tidaklah ianya dianggap sebagai bid`ah madzmumah. Nanti aku postkan lain kali.

Seorang saudara menghantar risalah yang dalamnya nukilan perkataan Imam asy-Syafi`i yang menyatakan “Aku benci diadakan ma’tam, iaitu himpunan walaupun tidak ada tangisan mereka, kerana sesungguhnya pada yang sedemikian itu memperbaharui kedukaan dan membebankan tanggungan“. Membaca nas perkataan Imam asy-Syafi`i ini jelas menunjukkan tidak mutlaknya kebencian tersebut kerana ianya dikaitkan dengan “membaharui kesedihan” dan “membebankan”. Apa kata jika, perhimpunan dilakukan adalah dalam rangka mendoakan si mati, bersedekah buat pihak si mati, menghibur ahli keluarga si mati, dan tidak menjadi beban kepada keluarga si mati yang berkemampuan ? Adakah Imam kita asy-Syafi`i masih membencinya ?

Jadi kalau ada yang berbuat kenduri seperti itu rupanya maka makruhlah kita datang hadir. Bahkan jika digunakan tirkah anak yatim atau tirkah waris yang tidak redha atau sebagainya makan haram kita hadir. Jadi hukumnya kena lihat case by case, bukan main pukul rata haram atau makruh atau harus.

Selengkapnya......

Jumat, 29 Mei 2009

Inqitha’ Abu Shalih Dari Malik Ad Daar ?

Sebagai tindak lanjut dan sekedar merespon daripada pernyataan Al Khalilii atas Abu Salih daripada Malik“ dimana beliau telah menyatakan bahwa ada yang mengatakan ia telah mengirsalkannya” tidaklah memiliki faedah seperti yang sering dinyatakan oleh sekelompok kaum Muslimin, bahwa penyimakan Abu Shalih tidaklah ma’ruf di kalangan muhaddis.


Perkataan ini adalah satu kesimpulan yang terburu-buru. Apalagi bila dikatakan bahwasanya penyimakan Abu Shalih tidak masyhur. Lantas apakah inqitha’ Abu Shalih dari Malik itu sendiri adalah sesuatu yang masyhur di kalangan muhaddits ?

berikut akan diberikan bukti, benarkah bahwa para Muhaddisin itu memaklumkan Inqita' atas Abu Salik atas Malik, dimana tidak ditemukan satupun ulama hadis yang mengatakan adanya inqitha’ Abu Shalih As Saman dari Malik kecuali dari keterangan Al Khalili, itu pun juga Al Khalili tidak menyebutkan dengan jelas siapa yang mengatakan, ditambah lagi sebelumnya Al Khalili mengutip perkataan bahwa Abu Shalih mendengar dari Malik, dimana ini menandakan bahwa inqitha’nya Abu Shalih dari Malik bukanlah sesuatu yang masyhur di kalangan muhaddisin karena jika masyhur maka pasti ada banyak keterangan ulama yang menyatakan inqitha’ tersebut (minimal jelas siapa yang berkata begitu). Inilah yang saya maksud salafy berhujjah dengan nukilan terakhir Al Khalili saja.

Bukti akan hal ini akan dikutipkan daripada keterangan para Ulama yang menyebutkan biografi Malik Ad Daar. Mereka semua menyebutkan bahwa Abu Shalih meriwayatkan dari Malik Ad Daar dan tidak ada satupun dari mereka menyatakan inqitha’ hadis Abu Shalih dari Malik.

Ibnu Hajar dalam Al Ishabah 6/274 no 8362

مالك بن عياض مولى عمر هو الذي يقال له مالك الدار له إدراك وسمع من أبي بكر الصديق وروى عن الشيخين ومعاذ وأبي عبيدة روى عنه أبو صالح السمان وابناه عون وعبد الله ابنا مالك

"Malik bin Iyadh mawla Umar , ia juga dikatakan Malik Ad Daar, melihat Nabi SAW dan mendengar dari Abu Bakar Shiddiq meriwayatkan dari Syaikhan, Muadz, Abu Ubaidah, meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman dan kedua putranya Aun bin Malik dan Abdullah bin Malik"


Ibnu Abi Hatim dalam Al Jarh Wat Ta’dil 8/213 no 944

مالك بن عياض مولى عمربن الخطاب روى عن ابى بكر الصديق وعمر بن الخطاب رضى الله عنهما روى عنه. أبو صالح السمان سمعت ابى يقول ذلك

"Malik bin Iyadh mawla Umar bin Khattab, meriwayatkan dari Abu Bakar Shiddiq dan Umar bin Khattab RA, meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman, aku mendengar ayahku berkata demikian".

Ibnu Saad dalam Thabaqat Al Kubra 5/12

وروى مالك الدار عن أبي بكر الصديق وعمر رحمهما الله روى عنه أبو صالح السمان وكان معروفا

"Malik Ad Daar meriwayatkan dari Abu Bakar Shiddiq dan Umar dan meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman, dan ia dikenal".

Ibnu Hibban dalam Ats Tsiqat 5/384 no 5312

مالك بن عياض الدار يروى عن عمر بن الخطاب روى عنه أبو صالح السمان

"Malik bin Iyadh Ad Daar meriwayatkan dari Umar bin Khattab, meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman".

Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 56/489 no 7180

سمع أبا بكر الصديق وعمر بن الخطاب وأبا عبيدة بن الجراح ومعاذ بن جبل وروى عنه أبو صالح السمان وعبد الرحمن بن سعيد بن يربوع وابناه عون بن مالك وعبد الله بن مالك

"Mendengar dari Abu Bakar Shiddiq, Umar bin Khattab, Abu Ubaidah bin Jarrah dan Muadz bin Jabal dan meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman, Abdurrahman bin Sa’id bin Yarbu’ dan kedua putranya Aun bin Malik dan Abdullah bin Malik".

Ahmad bin Hanbal dalam Al Ilal Ma’rifatur Rijal juz 1 no 464

ومالك الدار روى عنه أبو صالح السمان

"Dan Malik Ad Daar, meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman".


Adz Dzahabi dalam Tarikh Al Islam 5/224

مالك بن عياض المدني يعرف بمالك الدار.) سمع: أبا بكر، وعمر، ومعاذ بن جبل.) روى عنه: ابناه عون، وعبد الله، وأبو صالح السمان، وعبد الرحمن بن سعيد بن يربوع. وكان خازناً لعمر رضي الله عنه

"Malik bin Iyadh Al Madani yang dikenal Malik Ad Daar mendengar dari Abu Bakar, Umar dan Muadz bin Jabal, meriwayatkan darinya kedua putranya Aun dan Abdullah, Abu Shalih As Saman dan Abdurrahman bin Said bin Yarbu’, dan dia bendahara Umar RA".

Cukuplah ketujuh Ulama di atas tidak ada satupun yang mengatakan adanya inqitha’ riwayat Abu Shalih dari Malik. Hal ini menunjukkan bahwa inqitha’ tersebut tidaklah dikenal di kalangan muhaddis.

Al Bukhari dalam Tarikh Al Kabir juz 7 no 1295 juga membawakan riwayat Abu Shalih dari Malik Ad Daar dalam biografi Malik bin Iyadh dan beliau sedikitpun tidak memberikan penjelasan akan cacat inqitha’ Abu Shalih dari Malik Ad Daar. Abu Hatim yang terkenal keluasan ilmu ilal hadis juga tidak sedikitpun menjelaskan inqitha’, beliau menetapkan periwayatan Abu Shalih dari Malik tanpa komentar inqitha’. Bahkan dalam kitab Ilal Ahmad bin Hanbal, beliau malah menegaskan Abu Shalih meriwayatkan dari Malik tanpa menyebutkan adanya ilat inqitha. Sepertinya cacat inqitha’ tersebut tidak dikenal di kalangan muhaddis.

Kalau memang ada inqitha’ mengapa tidak disebutkan oleh ulama-ulama di atas. Begitu juga dengan kitab Al Marasil dan Al Ilal, hasilnya tidak saya temukan adanya penjelasan inqitha’ Abu Shalih dari Malik.

Jadi, menyatakan bahwa adanya Inqitha' atas hadit Abu Salih daripada Malik adalah satu yang direka-reka, tanpa di dasari oleh hujjah yang kokoh. Dimana hujjah itu hanya dibangun atas pernyataan Khalili yang juga tidak jelas siapa yang mengatakan. Lagipula Al Khalili dengan jelas juga menukil perkataan bahwa Abu Shalih mendengar hadis ini dari Malik As Saman. Dengan melihat nukilan AlKhalili ini (sima’ langsung Abu Shalih mendengar dari Malik) ditambah lagi dengan kenyataan tidak ada satupun ulama lain yang menyatakan inqitha’ Abu Shalih dari Malik bahkan mereka menegaskan periwayatannya maka kemungkinan Abu Shalih mendengar dari Malik adalah kemungkinan yang lebih rajih.

Memang berkenaan bila riwayat Abu Salih yang telah mengirsalkan dari Abu Bakar dan Ali, ini dikarenakan pernyataan irsal dari Abu Bakar dan Ali memang telah disebutkan oleh Abu Zar’ah dan Abu Said Al Ala’iy (pendapat ini jelas tidak berupa kabar “ada yang mengatakan”). Irsal Abu Shalih dari Abu Bakar telah dijelaskan oleh Ibnu Hajar dalam At Tahdzib, ini malah memperkuat bahwa ketika ada irsal maka Ibnu Hajar akan menyebutkannya, jadi jika ia tidak menyebutkan irsal Abu Shalih dari Malik maka sejauh pengetahuannya itu tidaklah mursal.

Riwayat mursal daripada Abu Shalih yang diterima ia daripada Abu Bakar jelas terbukti kuat karena maklum bahwasanya Abu Shalih itu tidak mengalami pertemuan dengan Abu Bakar, ia lahir setelah wafat Abu Bakar. Sedangkan irsal Abu Shalih dari Ali bersifat mursal khafy jika memang tidak ada bukti yang menguatkan sebaliknya maka pernyataan irsal Abu Shalih dari Ali bisa diterima. Dan pernyataan mursal khafy dari Ali tidaklah mengganggu sedikipun riwayat Abu Shalih dari sahabat lain.
Prinsipnya adalah kita menetapkan periwayatan selagi tidak ada bukti jelas kalau itu mursal.

Wallahu a'lam

Selengkapnya......

Hadit Malik Ad-Dar (Tawassul)

Muqaddimah

Perkara tawasul sudah menjadi hal kontroversial sejak dulu. Dari yang mengharamkannya secara mutlak yaitu para salafiyun sampai kepada yang membolehkannya secara mutlak yaitu sebagian besar ahlussunnah. Kedua belah pihak memiliki dalil masing-masing dan tulisan kali ini ditujukan untuk menganalisis sebagian dalil yang sering diributkan oleh kedua belah pihak. Sebelumnya saya selalu mengingatkan kepada kita semua bahwa apapun kesimpulan yang dicapai hendaknya disikapi dengan wajar. Perbedaan ada untuk diterima dan disikapi dengan baik. Berbedalah dengan cara yang lurus.


Salah satu hadis yang dijadikan dalil tawasul adalah Hadis Malik Ad Daar . Hadis ini menceritakan kisah seorang laki-laki di zaman pemerintahan Umar yang sedang mengalami kemarau berkepanjangan. Orang tersebut datang ke makam Rasulullah SAW dan meminta agar Rasulullah SAW memohon hujan kepada Allah SWT. Kemudian orang tersebut bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang mengabarkan bahwa hujan akan diturunkan.

Salafi menolak hadis ini dengan mengatakan kalau hadis Malik Ad Daar dhaif. Syaikh Al Albani dalam kitabnya tentang Tawasul telah membahas hadis tersebut. Beliau menampilkan berbagai illatnya dan pada akhirnya mendhaifkan hadis Malik Ad Daar. Risalah Syaikh Al Albani ternyata mengundang kritikan sengit dari sebagian ulama yang membolehkan tawasul diantaranya Syaikh Abdullah bin Shiddiq Al Ghumari dan Syaikh Mahmud Sa’id Mamduh. Mereka membantah argumen-argumen Syaikh Al Albani dalam membahas hadis-hadis tawasul termasuk hadis Malik Ad Daar. Setelah mempelajari dengan seksama, kami akhirnya berpandangan bahwa dalil yang membolehkan tawasul lebih kuat dibandingkan dengan dalil yang mengharamkannya. Mengenai hadis Malik Ad Daar yang didhaifkan oleh para salafi maka kami katakan bahwa Salafi yang dalam hal ini dipimpin oleh Syaikh Al Albani telah melakukan kekeliruan. Hadis Malik Ad Daar adalah hadis yang shahih sesuai dengan kaidah Ulumul hadis.
.
Hadis Malik Ad Daar Dalam Kitab Hadis

Hadis Malik Ad Daar diriwayatkan dalam kitab Al Mushannaf Ibnu Abi Syaibah 12/31 Kitab Fadhail bab Fadhail Umar bin Khattab RA hadis no 31997

حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ مَالِكِ الدَّارِ ، قَالَ : وَكَانَ خَازِنَ عُمَرَ عَلَى الطَّعَامِ ، قَالَ : أَصَابَ النَّاسَ قَحْطٌ فِي زَمَنِ عُمَرَ , فَجَاءَ رَجُلٌ إلَى قَبْرِ النَّبِيِّ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ , اسْتَسْقِ لاُِمَّتِك فَإِنَّهُمْ قَدْ هَلَكُوا , فَأَتَى الرَّجُلَ فِي الْمَنَامِ فَقِيلَ لَهُ : ائْتِ عُمَرَ فَأَقْرِئْهُ السَّلاَمَ , وَأَخْبِرْهُ أَنَّكُمْ مُسْتَقِيمُونَ وَقُلْ لَهُ : عَلَيْك الْكَيْسُ , عَلَيْك الْكَيْسُ , فَأَتَى عُمَرَ فَأَخْبَرَهُ فَبَكَى عُمَرُ ، ثُمَّ قَالَ : يَا رَبِّ لاَ آلُو إلاَّ مَا عَجَزْت ، عَنْهُ.

"Telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah dari ‘Amasy dari Abi Shalih dari Malik Ad Daar dan ia seorang bendahara gudang makanan pada pemerintahan Umar. Ia berkata “Orang-orang mengalami kemarau panjang saat pemerintahan Umar. Kemudian seorang laki-laki datang ke makam Nabi SAW dan berkata “Ya Rasulullah SAW mintakanlah hujan untuk umatmu karena mereka telah binasa”. Kemudian orang tersebut mimpi bertemu Rasulullah SAW dan dikatakan kepadanya “datanglah kepada Umar dan ucapkan salam untuknya beritahukan kepadanya mereka semua akan diturunkan hujan. Katakanlah kepadanya “bersikaplah bijaksana, bersikaplah bijaksana”. Maka laki-laki tersebut menemui Umar dan menceritakan kepadanya akan hal itu. Kemudian Umar berkata “Ya Tuhanku aku tidak melalaikan urusan umat ini kecuali apa yang aku tidak mampu melakukannya”.

Hadis Malik Ad Daar ini juga diriwayatkan oleh Al Hafiz Abu Bakar Baihaqi dalam Dalail An Nubuwah 7/47 hadis no 2974 dan Al Khalili dalam kitabnya Al Irsyad Fi Ma’rifah Ulama Al Hadits 1/313. Keduanya dengan sanad masing-masing yang bermuara pada ‘Amasy dari Abu Shalih dari Malik Ad Daar.

Cacat Hadis Malik Ad Daar Menurut Salafy.

Para salafiyun diantaranya Syaikh Al Albani telah mendhaifkan Hadis Malik Ad Daar. Mereka para pengikut salafy berlomba-lomba untuk mendukung Syaikh Al Albani dari kritikan para Ulama ahlussunnah seperti Syaikh Al Ghumari dan Syaikh Mamduh. Di antara cacat hadis Malik Ad Daar yang dipertahankan oleh para salafiyun tersebut adalah

1. An’anah ‘Amasy dari Abu Shalih dimana ‘Amasy adalah seorang mudallis.
2. Abu Shalih Dzakwan bin As Samman tidak diketahui mendengar hadis dari
Malik Ad Daar dikarenakan tidak diketahui tahun wafatnya Malik Ad
Daar.
Sehingga tidak bisa dipastikan apakah Malik Ad Daar bertemu dengan Abu
Shalih. Ditambah lagi Malik adalah seorang yang majhul.
3. Hadis tersebut mubham karena orang yang datang ke makam Nabi SAW
tersebut tidak disebutkan namanya. Salafy mengatakan cacat hadis
tersebut bahwasanya kita tidak bisa mengetahui apakah Malik Ad-Daar
melihat peristiwa tersebut atau ia hanya mengambilnya dari orang yang
tidak diketahui identitasnya itu.
4. Bertentangan dengan syari’at islam bahwa meminta hujan adalah dengan
shalat istisqa’ bukan dengan mendatangi makam Rasul SAW.

Semua cacat yang dikatakan salafy ini tidak sepenuhnya benar dan walaupun sebagian perkataan mereka ada yang benar maka itu tidak menjadikan hadis Malik Ad Daar sebagai hadis dhaif.

Bantahan Atas Cacatnya Hadis Malik Ad Daar.

Cacat tidaknya suatu hadis ditentukan dengan kaidah-kaidah ilmu hadis. Terkadang para peneliti yang terpengaruh dengan subjektivitas mahzabnya tidak bisa membedakan mana cacat yang jelas dengan keraguan yang dicari-cari. Hal seperti inilah yang menimpa orang-orang salafy. Bagi salafy, tawasul dalam hadis Malik Ad Daar adalah syirik sehingga mereka berusaha mencari jalan untuk melemahkan hadis tersebut.

Kritik Atas Cacat Pertama

Cacat pertama yang dikemukakan salafy adalah tadlis Al ‘Amasy. Sulaiman bin Mihran Al ‘Amasy terkadang melakukan tadlis. Tetapi tidaklah benar mendakwa setiap hadis mudallis adalah dhaif. Hal ini disebabkan mudallis memiliki banyak tingkatan. Ibnu Hajar dalam Thabaqat Al Mudallis telah membagi para perawi mudallis kedalam 5 tingkatan. Ibnu Hajar menggolongkan Al ‘Amasy ke dalam mudallis tingkatan kedua dalam Thabaqat Al Mudallis no 55. Dimana dalam Muqaddimah kitabnya beliau berkata tentang tingkatan kedua.

من احتمل الأئمة تدليسه وأخرجوا له في الصحيح لامامته وقلة تدليسه في جنب ما روى كالثوري أو كان لا يدلس الا عن ثقة كإبن عيينة

"Orang yang dianggap melakukan tadlis dan hadisnya diriwayatkan dalam kitab Shahih, mereka tidak melakukan tadlis kecuali sedikit seperti Ats Tsawri dan tidaklah mereka melakukan tadlis kecuali dari orang yang tsiqat seperti Ibnu Uyainah".

Al ‘Amasy tidak diragukan lagi ketsiqahannya oleh para Ulama hadis. Hanya saja beliau terkadang meriwayatkan dengan ‘an anah. Hadis ‘an anah ‘Amasy telah dijadikan pegangan oleh Imam Bukhari dalam kitab Shahihnya termasuk an’anah ‘Amasy dari Abu Shalih (Shahih Bukhari hadis no 465, no 2013, no 2527, no 4217, no 4651 dan lain-lain). Abu Shalih dikenal sebagai salah satu guru ‘Amasy sehingga dapat ditemukan hadis ‘Amasy yang diriwayatkan dengan hadatstsani Abu Shalih (dalam Shahih Bukhari hadis no 626, no 1410 dan no 1884). Sehingga beberapa Ulama hadis menganggap kalau ‘an anah ‘Amasy dari Abu Shalih adalah muttasil atau bersambung. Adz Dzahabi dalam Mizan ‘Al Itidal 2/224 no 3517 berkata

عن ” تطرق إلى احتمال التدليس إلا في شيوخ له أكثر عنهم كإبراهيم ، وابن أبى وائل ، وأبى صالح السمان ، فإن روايته عن هذا الصنف محمولة على الاتصال

"Riwayat “an” ‘Amasy dianggap sebagai tadlis kecuali riwayat dari para Syaikh-nya seperti Ibrahim, Ibnu Abi Wail dan Abi Shalih As Saman dimana riwayat-riwayat tersebut dapat dianggap bersambung".


Riwayat ‘an anah ‘Amasy baik dari Ibrahim, Ibnu Abi Wail dan Abi Shalih telah dijadikan hujjah oleh Bukhari dalam kitab Shahih-nya sehingga menyatakan dhaif ‘an anah ‘Amasy berarti mendhaifkan cukup banyak hadis Shahih Bukhari.

Kritik Atas Cacat Kedua

Cacat Kedua yaitu Abu Shalih tidak mendengar dari Malik dan Malik sebenarnya majhul. Kedua pernyataan ini sangat jelas tidak benar. Abu Shalih telah meriwayatkan hadis dari para sahabat besar. Ibnu Hajar dalam At Tahdzib juz 3 no 417 mengatakan kalau Abu Shalih Dzakwan meriwayatkan hadis

وعن أبي هريرة وأبي الدرداء وأبي سعيد الخدري وعقيل بن أبي طالب وجابر وابن عمر وابن عباس ومعاوية وعائشة وأم حبيبة وأم سلمة وغيرهم وأرسل عن أبي بكر

"Dari Abu Hurairah, Abu Darda, Abu Sa’id Al Khudri, Aqil bin Abi Thalib, Jabir, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Muawiyah, Aisyah, Ummu Habibah, Ummu Salamah dan yang lainnya dan meriwayatkan secara mursal dari Abu Bakar".

Keterangan ini menunjukkan kalau Abu Shalih memiliki kesempatan untuk meriwayatkan dari para sahabat besar. Jadi tidak mustahil kalau ia meriwayatkan dari Malik Ad Daar (Malik dinyatakan sebagian orang kalau ia tabiin dan sebagian lagi mengatakan ia seorang sahabat). Adz Dzahabi dalam Siyar ‘Alam An Nubala 3/65 mengatakan kalau Abu Shalih lahir pada masa khalifah Umar bin Khattab RA sehingga Abu Shalih dan Malik berada dalam satu masa sehingga sangat mungkin bagi Abu Shalih untuk meriwayatkan hadis dari Malik Ad Daar. Memang benar kalau kapan tepatnya Malik Ad Daar wafat tidaklah diketahui tetapi dalam hal ini sudah seharusnya kita menetapkan kesaksian Abu Shalih sendiri yang mengatakan kalau ia meriwayatkan hadis tersebut dari Malik Ad Daar.

Abu Shalih dalam At Tahdzib juz 3 no 417 telah dinyatakan tsiqah oleh Ahmad, Ibnu Ma’in, Ibnu Sa’ad, Abu Hatim, Abu Zar’ah, As Saji, Ibnu Hibban dan Al Ajli. Tidak ada satupun dari ulama tersebut yang mengatakan kalau ia seorang mudallis. Kitab-kitab tentang para perawi mudallis seperti Thabaqat Al Mudallis, Asma Al Mudallisin, dan lain-lain tidak sedikitpun memuat nama Dzakwan Abu Shalih. Oleh karena itu riwayat ‘an Abu Shalih adalah tsabit dan benar.

Satu-satunya dalil yang digunakan kaum salafy adalah pernyataan Al Khalili dalam kitab Irshad Fi Ma’rifah Ulama Al Hadits 1/313 setelah meriwayatkan hadis ini ia berkata

يقال أن أبا صالح السمان سمع مالك الدار هذا الحديث والباقون أرسلوه

"Dikatakan bahwa Abu Shalih mendengar hadis ini dari Malik Ad Daar dan ada yang mengatakan kalau ia mengirsalkannya".

Salafy dengan mudah mengambil kalimat terakhir sebagai hujjah padahal Al Khalili juga menegaskan bahwa ada yang mengatakan Abu Shalih mendengar hadis dari Malik Ad Daar. Telah ditunjukkan bahwa Abu Shalih seorang yang tsiqah dan ia bukan seorang mudallis sehingga pernyataan kalau ia mengirsalkan hadis ini memerlukan bukti. Abu Shalih yang tsiqah berada satu masa dengan Malik Ad Daar sehingga berdasarkan persyaratan Imam Muslim maka hadis ini sudah bisa digolongkan muttasil (bersambung).

Dalam pandangan kami, orang yang mengatakan Abu Shalih mengirsalkan hadis di atas adalah disebabkan menurut orang tersebut Malik adalah orang yang majhul. Padahal sebenarnya tidak begitu. Salafy hanya mengutip pernyataan dari Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib 2/41 yang berkata “Thabrani meriwayatkan hadis tersebut dalam Al Kabir, para perawinya sampai ke Malik adalah tsiqat tetapi aku tidak mengetahui siapa Malik”. Pernyataan Al Mundziri tidak bisa menjadi hujjah karena orang yang tidak tahu dikalahkan oleh orang yang tahu. Dalam hal ini Ibnu Sa’ad, Ibnu Hajar, Al Khalili dan Ibnu Hibban telah mengetahui siapa Malik.

Ibnu Sa’ad dalam Thabaqat Al Kubra 5/12 mengatakan bahwa Malik Ad Daar adalah Mawla Umar bin Khattab kemudian ia melanjutkan dengan kata-kata

وروى مالك الدار عن أبي بكر الصديق وعمر رحمهما الله روى عنه أبو صالح السمان وكان معروفا

"Malik Ad Daar meriwayatkan dari Abu Bakar dan Umar, meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman, dan ia dikenal".

Al Khalili berkata dalam Irshad Fi Ma’rifah Ulama Al Hadits 1/313-314

مالك الدار مولى عمر بن الخطاب الرعاء عنه تابعي قديم متفق عليه

"Malik Ad Daar Mawla Umar bin Khattab meriwayatkan hadis darinya, ia seorang tabiin awal Muttafaqualaih"

Ibnu Hibban memasukkan Malik Ad Daar dalam kitab Ats Tsiqat 5/384 no 5312 dan menggolongkannya sebagai orang yang meriwayatkan dari Sahabat Nabi. Ibnu Hajar dalam Al Ishabah 6/274 no 8362 mengatakan

مالك بن عياض مولى عمر هو الذي يقال له مالك الدار له إدراك وسمع من أبي بكر الصديق وروى عن الشيخين ومعاذ وأبي عبيدة روى عنه أبو صالح السمان

"Malik bin Iyadh Mawla Umar, ia disebut juga dengan Malik Ad Dar, ia melihat Nabi SAW dan mendengar dari Abu Bakar Shiddiq, meriwayatkan hadis dari Syaikhan, Muadz dan Abi Ubaidah. Meriwayatkan darinya Abu Shalih As Saman".

Semua kesaksian di atas sudah cukup untuk membuang status majhul yang dikatakan oleh Al Mundziri. Malik Ad Dar dikenal sebagai tabiin awal yang sempat melihat Nabi SAW. Atau mungkin ada yang tertarik melihat ini

Al Hafidz Adz Dzahabi menggolongkan Malik Ad Daar atau Malik bin Iyadh sebagai Sahabat dan memasukkan nama Malik dalam Kitab karyanya yang memuat nama para Sahabat Nabi yaitu Tajrid Asma’ As Shahabah no 527

Kritik Atas Cacat Ketiga

Cacat yang ketiga adalah hadis tersebut mubham. Kami katakan hadis tersebut memang mubham dan mubham tersebut terletak pada matannya bukan pada sanadnya jadi tidak ada keraguan mengenai sanad hadis tersebut. Lihat kembali hadis di atas dan memang terdapat seseorang yang tidak disebutkan namanya yaitu laki-laki yang datang ke makam Rasul SAW. Bagi kami, ada atau tidak nama laki-laki tersebut maka itu tidak akan merubah status hadisnya. Malik Ad Daar bisa jadi seorang tabiin awal yang tsiqah atau seorang Sahabat seperti yang dikatakan Adz Dzahabi. Malik Ad Daar juga adalah maula Umar bin Khattab sehingga bisa dikatakan ia menyaksikan sendiri peristiwa tersebut yang terjadi di masa Umar.

Ibnu Hajar dalam Fath Al Bari 2/496 mengatakan

وقد روى سيف في الفتوح أن الذي رأى المنام المذكور هو بلال بن الحارث المزني أحد الصحابة

"Saif meriwayatkan dalam Kitab Al Futuh bahwa laki-laki yang bermimpi tersebut adalah Bilal bin Harits Al Muzanni seorang Sahabat Nabi".


Nah kita sampai pada bagian yang cukup menarik. Salafiyun bersikeras untuk mendhaifkan pernyataan Ibnu Hajar di atas dengan mengatakan kalau Saif itu sangat dhaif.

Syaikh Al Albani dalam kitab Tawasul hal 119 berkata

لا حجة فيها ، لأن مدارها على رجل لم يسمَّ فهو مجهول أيضا ، وتسميته بلالا في رواية سيف لا يساوي شيئا ، لأن سيفا هذا هو ابن عمر التميمي ، متفق على ضعفه عند المحدثين بل قال ابن حبان فيه يروي الموضوعات عن الأثبات وقالوا إنه كان يضع الحديث ، فمن كان هذا شأنه لا تُقبل روايته ولا كرامة لاسيما عند المخالفة

"Tidak ada hujjah pada riwayat tersebut, karena masalahnya terletak pada orang yang tidak disebutkan namanya, sehingga ia adalah majhul juga. Penamaannya dengan Bilaal dalam riwayat Saif tidak berarti sama sekali, karena Saif adalah Ibnu Umar AtTamimi seorang yang telah disepakati kedhiafannya oleh para ahli hadis. Bahkan Ibnu Hibban berkata “Ia meriwayatkan hadis-hadis palsu dari orang-orang tsabit”. Dan dikatakan ”Ia telah memalsukan hadits”. Maka orang yang seperti ini tidak bisa diterima riwayatnya dan tidak ada kemuliaan padanya, terutama jika terdapat yang menyelisihinya".

Bagi kami sudah jelas kalau Saif itu sangat dhaif tetapi disini saya akan mengingatkan pembaca tentang ketidakjujuran salafy dalam berhujjah. Ketika berbicara tentang Syiah dimana Salafy menuduh kalau Abdullah bin Saba’ adalah pendiri Syiah, mereka bersikeras berhujjah dengan Saif bin Umar At Tamimi. Ketika dikatakan kepada mereka kalau Saif itu seorang perawi yang sangat dhaif dan pemalsu hadis maka mereka salafy itu berapologia dengan perkataan berikut

Perkataan tentang Saif bin Umar At Tamimi tersebut seakan mereka sedang berusaha untuk menegakkan benang basah, dengan dalih Saif bin Umar At Tamimi haditsnya tidak bisa diterima, maka saya katakan :


Kalau seandainya yang anda cantumkan dari perkataan ulama jarh wa ta’dil tentang Saif bin Umar at Tamimi, bahwa lemah dan haditsnya tidak bisa diterima maka pembicaraan anda terfokus pada Saif bin Umar At Tamimi yang berkapasitas sebagai muhadits (ahli hadits dan yang meriwayatkan hadits). Tapi apa gerangan perkataan ulama tentang dia sebagai orang yang berkapasitas Ahli sejarah, marilah kita kembali ke buku-buku rijal (jarh wa ta’dil):

Berkata Adz Dzahabi : adalah ia sebagai ahli sejarah yang mengetahui” (Mizan ‘Itidal : 2/255).
Berkata Ibnu Hajar : Lemah dalam Hadits, pakar (rujukan) dalam sejarah” (Taqriibut Tahdziib no 2724).
Dangan ini habislah “lemah dan ditinggalkan” yang dinisbatkan ke diri Saif sebab perkataan itu ditujukan dalam segi Hadits bukan dalam segi sejarah. Inilah titik pembahasan kita.

Kalau memang seperti yang dikatakan para salafiyun bahwa Saif bin Umar lemah dalam hadis dan rujukan dalam sejarah. Maka tidak ada alasan bagi para salafiyun untuk menolak pernyataan Saif yang dikutip Ibnu Hajar. Saif tidak sedang meriwayatkan hadis, ia hanya mengisahkan kisah yang terjadi di masa Umar dimana ia menyebutkan kalau nama orang tersebut adalah Bilal bin Harits seorang sahabat Nabi. Perkataan Saif disini adalah sejarah bukannya hadis maka berdasarkan hujjah salafy, Saif menjadi rujukan dalam sejarah. Tetapi mengapa mereka besikeras menolak keterangan Saif. Apakah karena mereka tidak mau mengakui kalau sahabat Nabi bertawasul (seperti yang dikatakan salafy bahwa itu adalah syirik)?. Kalau memang riwayat Saif di atas mau ditolak maka sudah sewajarnya riwayat Saif tentang Abdullah bin Saba’ juga ditolak. Jadi sebenarnya salafy sendiri yang sedang menegakkan benang basah Sungguh antagonisme yang nyata.

Salafy sudah sembrono dalam berhujjah, bagi kami jarh wat ta’dil dalam kitab Rijal berlaku untuk riwayat sejarah ataupun hadis. Sehingga tidak diragukan lagi kalau riwayat Saif tersebut tidak bisa diterima. Membeda-bedakannya akan membuat masalah kontradiksi seperti yang terjadi pada para salafiyun. Oleh karena riwayat tersebut merendahkan Syiah maka riwayat tersebut dibela mati-matian walaupun perawinya sangat dhaif sedangkan di saat lain ketika perawi tersebut menyerang mahzab Salafy maka mereka bersikeras untuk mendhaifkannya. Keculasan yang patut disayangkan keluar dari “orang yang mengaku berpegang pada sunnah”.

Kritik Atas Cacat kelima

Cacat terakhir bahwa riwayat tersebut menyelisihi syariat maka kami katakan itu adalah alasan yang dicari-cari. Riwayat tersebut tidak menyelisihi syariat karena riwayat tersebut tidak menafikan kalau selanjutnya umat islam pada zaman umar melakukan shalat istisqa’. Atau bisa jadi mereka sudah melakukan shalat istisqa’. Intinya riwayat di atas tidaklah melarang dan tidaklah menganjurkan apapun. Riwayat tesebut hanya menceritakan kisah seseorang yang bertawasul di zaman Umar hingga mimpi bertemu Rasulullah SAW. Jika memang mau ditarik hukum darinya maka riwayat tersebut hanya menunjukkan kebolehan bukan anjuran atau perintah.

Hadis Malik Ad Daar Menurut Ulama

Hadis Malik Ad Daar diriwayatkan oleh para perawi tsiqah dan semua cacat yang dikatakan salafy tidaklah menunjukkan dhaifnya riwayat tersebut. Ibnu Hajar dan Ibnu Katsir telah menyatakan keshahihan hadis tersebut.

Ibnu Hajar berkata dalam Fath Al Bari 2/495

وروى بن أبي شيبة بإسناد صحيح من رواية أبي صالح السمان عن مالك الداري وكان خازن عمر

"Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shahih dari riwayat Abu Shalih As Saman dari Malik Ad Daar seorang bendahara Umar".

Ibnu Katsir dalam Al Bidayah Wan Nihayah 7/106 mengomentari hadis ini

وهذا إسناد صحيح

"Hadis ini sanadnya shahih".

Dalam kitab Jami’ Al Masanid Was Sunan 1/223 Ibnu Katsir berkata

إسناده جيد قوي

"Hadis ini sanadnya jayyid (baik) dan kuat"


Wallahu a'lam

Selengkapnya......